Saturday, November 27, 2010

Rancangan Pengajaran tajuk Isipadu Cecair...(murid pandai)

Matapelajaran : Matematik
Tahun : 2 Bijak
Masa :7.40 pagi – 8.40 pagi
Topik : Isipadu cecair
Sub-topik : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Objektif : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus.
Bahan :Bikar, botol ,air, kotak
Nilai murni : Kerjasama, sabar
Hasil pembelajaran
Langkah pengajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan:
dapat mengukur isipadu dengan betul dan tepat. 
1.      Murid duduk berpasangan.
2.      Sediakan dua botol yang berlainan saiz.
3.      Minta murid memerhatikan isipadu air yang ada di dalam bekas tersebut.


4.      Tanya murid:
v     Botol yang manakah mempunyai isipadu yang banyak?
v     Cuba kamu ukur.
5.      Berikan kepada mereka bikar bertanda dan ajar mereka menyukat menggunakan unit standard.


6.      Tanya mereka:
v     Botol manakah yang mempunyai isipadu yang banyak?
v      Botol manakah yang mempunyai isipadu yang sedikit?
7.      Tegaskan kepada murid bahawa walaupun air berada pada sama paras tetapi jika berlainan bekas tidak boleh dikatakan mempunyai air yang sama banyak. 

Bahan Bantu Mengajar

Untuk sesi pengajaran dan pembelajaran:
  1. botol
  2. air
Bahan Bantu Mengajar
Aktiviti

Untuk sesi aktiviti:
  1. kotak
  2. bekas-bekas
  3. air
  4. bikar
  5. jadual
  1. Bina permainan ‘Cari Cepat’.
  2. Bentuk kumpulan(6 orang setiap kumpulan).
  3. Minta murid mencari satu bekas berisi air dalam sebuah kotak sepanjang muzik dijalankan.
  4. Kemudian, mainkan semula muzik dan murid kedua daripada setiap kumpulan melakukan aktiviti yang sama dan seterusnya sehinggalah ahli dalam setiap kumpulan selesai.
  5. Semua ahli berkumpul dan menilai sendiri bekas masing-masing sama ada sama banyak atau tidak.
  6. Bincang hasil dapatan dan ukur setiap bekas menggunakan unit standard dengan menggunakan bikar yang guru sediakan.
  7. Isi jawapan dalam jadual yang diberikan.
  8. Sebagai penutup,  guru tegaskan lagi bahawa bekas yang berlainan tidak semestinya memberi paras isipadu yang sama dan begitu juga sebaliknya. Ia mesti diukur dengan bekas lain yang sama jenis. 

No comments:

Post a Comment