Saturday, November 27, 2010

Rancangan Pengajaran tajuk Isipadu Cecair...(murid lemah)

Matapelajaran : Matematik
Tahun : 2 Budi
Masa : 8.40 pagi – 9.40 pagi
Topik : Isipadu cecair
Sub-topik : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Objektif : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus.
Bahan :Bikar, botol ,air, kotak
Nilai murni : Kerjasama, sabar
Hasil pembelajaran
Langkah pengajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan:
dapat mengukur isipadu dengan betul dan tepat. 
  1. Sediakan dua botol berlainan saiz berisi air sama paras dan dua botol kosong yang sama saiz .









 
  1. Minta murid memerhatikan botol yang berisi air. Tanya murid:
v     Adakah air ini sama banyak?
v     Botol manakah yang mempunyai air yang banyak?
v     Botol manakah yang mempunyai air yang sedikit?
  1. Panggil dua orang murid untuk membuat ukuran.
  2. Minta murid-murid menuang air ke dalam dua bekas yang sama saiz.
  3. Minta murid lain memerhatikan aktiviti yang dilakukan.
  4. Tanya murid :
v     Apakah yang kamu boleh jelaskan daripada aktiviti tadi?
v     Adakah air tadi sama banyak?
  1. Tegaskan kepada murid bahawa walaupun air berada pada sama paras tetapi jika berlainan bekas tidak boleh dikatakan mempunyai air yang sama banyak. 
Bahan Bantu Mengajar

Untuk sesi pengajaran dan pembelajaran:
  1. botol
  2. air
Bahan Bantu Mengajar
Aktiviti

Untuk sesi aktiviti:
  1. kotak
  2. bekas-bekas
  3. air
  4. bikar
  5. jadual
  1. Bina permainan ‘Cari Cepat’.
  2. Bentuk kumpulan(6 orang setiap kumpulan).
  3. Minta murid mencari satu bekas berisi air dalam sebuah kotak sepanjang muzik dijalankan.
  4. Kemudian, mainkan semula muzik dan murid kedua daripada setiap kumpulan melakukan aktiviti yang sama dan seterusnya sehiggalah ahli dalam setiap kumpulan selesai.
  5. semua ahli berkumpul dan menilai sendiri bekas masing-masing sama ada sama banyak atau tidak.
  6. Bincang hasil dapatan dan ukur setiap bekas dengan menggunakan bikar yang guru sediakan. Isi jawapan dalam jadual yang diberikan.
  7. Sebagai penutup,  guru tegaskan lagi bahawa bekas yang berlainan tidak semestinya memberi paras isipadu yang sama dan begitu juga sebaliknya. Ia mesti diukur dengan bekas lain yang sama jenis.






No comments:

Post a Comment